NOTA RINGKAS BAB 1 TINGKATAN 4


BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

Maksud Keperluan : Kepentingan asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan  kehidupannya.

Maksud Kehendak : Keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa, mewah dan dapat
meningkatkan taraf hidup mereka.

1.1 KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW

Boleh dibahagi kepada 3 peringkat: 

  1. Keperluan Fisiologi

Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
a. Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
b. Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal

  1. Keperluan Sosial

Ada 2 keperluan pada tahap ini.
a. Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
b. Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

  1. Keperluan Rohani

Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiri

1.2  PENGELUARAN

Pengeluaran – aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperluan dan    kehendak
– proses mencipta nilai faedah

NILAI FAEDAH

Maksud : Keupayaan sesuatu barang @ perkhidmatan utk memuaskan kehendak manusia
1)Nilai Faedah Bentuk
– Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
2) Nilai Faedah Masa
– Menyimpan barang hingga diperlukan
3) Nilai Faedah Milikan
– Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
4) Nilai Faedah Tempat
– Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan

JENIS PENGELUARAN

Pengeluaran Langsung – sara diri
Pengeluaran tak langsung – perlu bantuan pihak lain

 CABANG PENGELUARAN

1) Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
2) Perdagangan
3) Khidmat Langsung

1.3 FAKTOR PENGELUARAN

  1. Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
  2. Buruh – usaha manusia secara fizikal/mental
  3. Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
  4. Modal – Harta benda,sumber kewangan

USAHAWAN

Maksud Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.

CIRI USAHAWAN:
1. Kreatif – berupaya mencipta
2. Inovatif – boleh mengubah suai
3. Berani menghadapi risiko
4. Berkebolehan mengurus
5. Rajin
6. Yakin
7. Berjimat
8. Tabah
9. Berusaha
10. Bertanggung jawab
11. Berpandangan jauh
12. Bijak merebut peluang
13. Membuat keputusan yang bijak

PERANAN USAHAWAN

  1. Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan mencipta barang baru
    2. Mewujudkan peluang pekerjaan
    3. Meningkatkan taraf hidup
    4. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
    5. Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
    6. Menggalakkan pertukaran wang asing

 

1.4 MAKSUD PENGKHUSUSAN

  • Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
  • Bagi memenuhi keperluan dan kehendak

 

JENIS PENGKHUSUSAN

  1. Pengkhususan mengikut profesion
    · Kerja berdasarkan pengetahuan cth: Guru,doktor,polis dll
  1. Pengkhususan mengikut proses
    · Pembahagian kerja dikilang
    · Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
    · Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll
  1. Pengkhususan mengikut kawasan
    · Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
    · Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang
  1. Pengkhususan antarabangsa
    · Perbezaan pengeluaran antara negara
    · Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

 

KELEBIHAN PENGKHUSUSAN

  • Meningkatkan pengeluaran
    · Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
    · Meningkatkan kualiti
    · Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
    · Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
    · Meningkatkan kemahiran
    · Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
    · Meningkatkan peluang pekerjaan

KEKURANGAN PENGKHUSUSAN

  • Pekerja mudah bosan
    · Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
    · Tidak kreatif
    · Susah berpindah ke pekerjaan lain
    · Kos beli mesin mahal
    · Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
    · Boleh tergendala jika satu proses terhenti
    · Kos latih pekerja mahal
    · Penggangguran naik kerana banyak guna mesin

 

1.5 SISTEM BARTER

MAKSUD

  • Aktiviti barang tukar dengan barang
  • Tidak gunakan wang atau orang tengah

 

SYARAT SISTEM BARTER
· Kemahuan serentak
· Ada lebihan barang
MASALAH SISTEM BARTER

1) Sukar mendapatkan kemahuan serentak
2) Sukar tetapkan nilai barang
3) Sukar tetapkan kadar pertukaran
4) Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
5) Barang tidak tahan lama
6) Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2015.


SETINGGI GUNUNG IMPIAN DIDAKI…..

Impian Setinggi Gunung

TEMA HARI GURU 2014 “GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI” …SELAMAT HARI GURU…


Image

 

Image

Subhanallah! Batu Gergasi Paling Seimbang Di Dunia


 
Subhanallah! Inilah Batu Gergasi Paling Seimbang Di Dunia (5 Gambar) |
Pernahkah anda melihat batu besar berada di atas batu yang lain dalam keadaan seimbang? Mungkin pernah mungkin tidak.Guru PD akan berkongsi dengan anda tentang beberapa keping gambar yang menunjukkan batu yang dianggap luar biasa. Batu ini yang dipercayai batu gergasi dikatakan paling seimbang di dunia. Siapa berani duduk di tepi batu tersebut. Silap-silap kena hempap pula. Jom lihat gambar di bawah ini.
Terdapat kejadian semula jadi tertentu di dunia yang membuatkan kita semua menggaru kepala. Salah satu keajaiban alam semula jadi itu Kummakivi, pembentukan geologi yang terdapat dalam hutan tebal Finland. Pemandangan mystifying ialah batu gergasi yang paling seimbang luar biasa di atas sebuah batu licin. Masih tiada penjelasan saintifik bagaimana batu itu, yang diberi nama diterjemahkan sebagai “strange rock” dalam Finland,dalam kedudukan yang membingungkan, tetapi ia tidak kelihatan luar biasa?
Sesetengah cerita rakyat Finland menerangkan lokasi yang ganjil batu gergasi dengan mengatakan bahawa Trolls (atau gergasi) membaling atau meletakkan ia di sana.

REHATKAN MINDA,TENANGKAN HATI DAN TABAHKAN JIWA SEKETIKA…..


SEKADAR BERHIBUR SEKETIKA …….SENYUMAN ITU PENGUBAT PENYAKIT YANG PALING MUJARAB…..MELIHAT MENGGUNAKAN MATA HATI DAPAT MENGURANGKAN KEKUSUTAN MINDA..

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Tenangkan Hati Rehatkan Minda


Peperiksaan pertengahan tahun sedang bermula di seluruh negara…Kekreatifan pelajar akan mula terserlah….Lihatlah gambar-gambar berikut apabila kebosanan berlaku…

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

 

TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


Image

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

 
sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Air Terjun Tertinggi Di Dunia


Image

Air terjun Angel atau Salto Angel adalah air terjun tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 m dengan air yang terjatuh tanpa halangan sekitar 807 m. Air terjun ini terletak di Rio Caroni, Taman Nasional Canaima, Venezuela.

Indahnya Ciptaan Tuhan….

Image

Image

Image

Image

Tahukah Anda, Kenapa Jari Kita Mengecut Bila Terlalu Lama Kena Air?


Image

Tahukah Anda Kenapa Jari Kita Mengecut Bila Terlalu Lama Kena Air?
Kepada sesiapa yang biasa bermain dengan air , mesti akan terfikir kenape jari jemari menjadi kecut apabila terlalu lama basah. Terdapat penjelasan tehadap apa yang berlaku ini..
Kalau anda nak tahu antara sebab jari kita menjadi kecut apabila basah adalah kerana ia menyerap terlalu banyak air.
Menurut Mark Changizi, ahli neurobiologi dari Lab 2AI di Boise, Idaho, hujung jari manusia perlu berkerut atau kecut, sebagai bentuk adaptasi yang membantu manusia memegang dengan erat ketika tangannya licin kerana basah.
Penjelasan yang masuk akal. Bayangkan ketika berada di kolam renang, kita tergelincir dan tidak dapat keluar dari kolam kerana jari kita tidak dapat memegang tangga. Bahaya bukan?
Ketika kecut, jari kita mempunyai tekstur rendah dan tinggi. Pada bahagian yang tinggi, permukaan kulit jari tetap dalam keadaan kering, sementara air mengalir melalui celah yang rendah. Ini membolehkan jari dapat memegang benda dengan baik walupun dalam keadaan basah.
Hipotesis Mark ini selangkah lebih maju dari pemahaman umum yang mengatakan jari kecut ini hanya kerana ia menyerap banyak air.

GURU OH GURU


1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara… cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan… cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru… cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah… cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat… cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers