Kejam!! Leher Hampir Putus Akibat Ditetak


NGERI…keadaan mangsa yang perutnya terburai manakala lehernya hampir putus.    

 SUNGAI BULOH:  Mayat seorang lelaki berusia 20-an ditemui dalam keadaan isi perut terburai manakala lehernya hampir putus akibat ditetak kira-kira jam 9.40 malam oleh orang awam di Tanah Perkuburan Cina Sungai Buloh, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen ditemui pada mangsa yang masih lengkap berpakaian namun berdasarkan keadaan fizikalnya, dipercayai adalah warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kemungkinan mangsa adalah pekerja di kebun berhampiran tempat kejadian.

”Sehingga ini, polis masih menyiasat motif dan tiada senjata ditemui di tempat kejadian. ‘Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat, hari ini.

Beliau menggesa kepada sesiapa yang menyaksikan kejadian dan mempunyai maklumat agar tampil untuk membantu siasatan.

Selain itu, beliau meminta orang awam yang kehilangan ahli keluarga agar datang membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan.

Sumber-myMetro

Posted on 10/11/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: