Anak Exco Negeri Melaka Didenda kerana Miliki Dadah


JASIN – Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijathui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan. -SH

Posted on 11/11/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: