Budak di tinggal di kompleks beli-belah


MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.
Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.- HM.

Posted on 11/11/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: