Panas : Guru Wanita Kena Cekup Ada ‘Hubungan Terlarang’ dengan 11 Pelajar


Guru Berasmara dengan 11 pelajar lelaki
COVINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Seorang guru wanita berusia 41 tahun dituduh mengadakan hubungan seks dengan 11 orang pelajarnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pihak pendakwa raya AS percaya guru berkenaan, Cindy Clifton akan dikenakan lebih banyak dakwaan berhubung jenayah terhadap pelajar bawah umur berbanding guru-guru lain di AS sejak sedekad lalu.
Dia kini berdepan 53 tuduhan yang membawa hukuman penjara lebih 60 tahun.
Polis berkata, Clifton menggunakan minuman keras untuk mengumpan remaja-remaja terbabit sebelum dia melakukan hubungan seks dengan mereka di kediamannya di sini, negeri Tennessee.
Clifton didakwa berasmara dengan 11 pelajar berlainan antara bulan April dan Julai tahun ini.
Menurut polis, kebanyakan pelajar terbabit merupakan rakan-rakan anak perempuannya.
Semua mangsa Clifton berusia antara 14 hingga 17 tahun dengan sebahagian mereka ialah pelajar di sekolah Crestview tempat guru berkenaan mengajar.
Polis di sini melancarkan satu siasatan pada Ogos lalu selepas pengetua sekolah berkenaan membuat aduan berhubung perilaku tidak bermoral membabitkan Clifton.
Selepas tiga bulan siasatan dilakukan, pihak berkuasa mengenakan 53 pertuduhan terhadap Clifton.
Peguamnya bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut. Beliau menyatakan Clifton ialah seorang isteri yang setia, guru yang berdedikasi dan kerap menghadiri upacara keagamaan di gereja.
Clifton menangis apabila gambarnya dirakam semasa dalam tahanan polis.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$40,000 (RM126,100) tetapi diperintahkan supaya hadir di mahkamah 
semalam untuk berdepan 53 dakwaan terhadapnya termasuk jenayah rogol dan memberikan alkohol kepada remaja bawah umur.
Pada minggu lalu, seorang guru wanita berusia 33 tahun di negeri Ohio, Stacy Schuler dipenjara selama empat tahun selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan lima pelajarnya.
Dia didapati bersalah atas 16 tuduhan jenayah seks selepas seorang juri di Cincinnati menolak alasan tertuduh bahawa dia kurang siuman.
Agensi

Posted on 11/11/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: