Susu 1M’sia Ditarik Balik, Bukti Kebenaran Kualiti Produk KR1M Meragukan


Susu 1M’sia ditarik balik, sos cili masih di pasaran
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

“Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak,” petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

“Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan,” petik kenyataan itu lagi. -mk

Susu formula 1Malaysia pula jadi sasaran Pua

Kandungan susu formula bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985, dakwa ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pua yang sebelum ini kerap kali membidas pengendali kedai itu, Mydin Mohamed Holdings Bhd, kali ini mendakwa ‘susu membesar’ 1Malaysia yang dijual itu mengandungi “lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan”.

“Kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 IU (unit antarabangsa) bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan,” dakwanya, dengan mendasarkan perbandingan itu dengan had yang ditetapkan oleh Akta Peraturan Makanan.

Mydin, semalam telah membuat penjelasan berhubung beberapa dakwaan yang dibuat oleh Pua yang berkata produk di kedai berkenaan dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

Pua berkata pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan di ‘Hypervitaminosis A’, yang antara lain, boleh menyumbang kepada masalah hati, mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan warna kulit.

Ditanya sama ada ia boleh menyebabkan keracunan, Pua berkata: “Nampak macam itu, tetapi saya bukan doktor. Awak boleh semak dengan seorang pengamal perubatan.”

Ketika membandingkan formula susu 1Malaysia 300gm dengan Nespray 1 +, keluaran Nestlé, katanya, susu 1Malaysia kekurangan “nutrien utama” seperti yang disyaratkan oleh peraturan.

Beliau juga berkata 15 nutrien utama tidak terdapat dalam formula 1Malaysia itu: Asid lemak yang diperlukan; Vitamin D; Vitamin C; Vitamin B1; Vitamin B2; Nicotinamide; Vitamin B6; Asid Folic; Asid Pantothenic; Vitamin B12; Vitamin K1; Vitamin H; Vitamin E; Iodine dan Zink. -mk

Posted on 16/11/2011, in masyarakat. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: