NOTA RINGKAS BAB 1 TINGKATAN 4


BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

Maksud Keperluan : Kepentingan asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan  kehidupannya.

Maksud Kehendak : Keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa, mewah dan dapat
meningkatkan taraf hidup mereka.

1.1 KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW

Boleh dibahagi kepada 3 peringkat: 

  1. Keperluan Fisiologi

Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
a. Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
b. Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal

  1. Keperluan Sosial

Ada 2 keperluan pada tahap ini.
a. Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
b. Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

  1. Keperluan Rohani

Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiri

1.2  PENGELUARAN

Pengeluaran – aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperluan dan    kehendak
– proses mencipta nilai faedah

NILAI FAEDAH

Maksud : Keupayaan sesuatu barang @ perkhidmatan utk memuaskan kehendak manusia
1)Nilai Faedah Bentuk
– Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
2) Nilai Faedah Masa
– Menyimpan barang hingga diperlukan
3) Nilai Faedah Milikan
– Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
4) Nilai Faedah Tempat
– Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan

JENIS PENGELUARAN

Pengeluaran Langsung – sara diri
Pengeluaran tak langsung – perlu bantuan pihak lain

 CABANG PENGELUARAN

1) Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
2) Perdagangan
3) Khidmat Langsung

1.3 FAKTOR PENGELUARAN

  1. Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
  2. Buruh – usaha manusia secara fizikal/mental
  3. Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
  4. Modal – Harta benda,sumber kewangan

USAHAWAN

Maksud Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.

CIRI USAHAWAN:
1. Kreatif – berupaya mencipta
2. Inovatif – boleh mengubah suai
3. Berani menghadapi risiko
4. Berkebolehan mengurus
5. Rajin
6. Yakin
7. Berjimat
8. Tabah
9. Berusaha
10. Bertanggung jawab
11. Berpandangan jauh
12. Bijak merebut peluang
13. Membuat keputusan yang bijak

PERANAN USAHAWAN

  1. Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan mencipta barang baru
    2. Mewujudkan peluang pekerjaan
    3. Meningkatkan taraf hidup
    4. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
    5. Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
    6. Menggalakkan pertukaran wang asing

 

1.4 MAKSUD PENGKHUSUSAN

  • Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
  • Bagi memenuhi keperluan dan kehendak

 

JENIS PENGKHUSUSAN

  1. Pengkhususan mengikut profesion
    · Kerja berdasarkan pengetahuan cth: Guru,doktor,polis dll
  1. Pengkhususan mengikut proses
    · Pembahagian kerja dikilang
    · Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
    · Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll
  1. Pengkhususan mengikut kawasan
    · Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
    · Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang
  1. Pengkhususan antarabangsa
    · Perbezaan pengeluaran antara negara
    · Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

 

KELEBIHAN PENGKHUSUSAN

  • Meningkatkan pengeluaran
    · Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
    · Meningkatkan kualiti
    · Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
    · Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
    · Meningkatkan kemahiran
    · Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
    · Meningkatkan peluang pekerjaan

KEKURANGAN PENGKHUSUSAN

  • Pekerja mudah bosan
    · Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
    · Tidak kreatif
    · Susah berpindah ke pekerjaan lain
    · Kos beli mesin mahal
    · Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
    · Boleh tergendala jika satu proses terhenti
    · Kos latih pekerja mahal
    · Penggangguran naik kerana banyak guna mesin

 

1.5 SISTEM BARTER

MAKSUD

  • Aktiviti barang tukar dengan barang
  • Tidak gunakan wang atau orang tengah

 

SYARAT SISTEM BARTER
· Kemahuan serentak
· Ada lebihan barang
MASALAH SISTEM BARTER

1) Sukar mendapatkan kemahuan serentak
2) Sukar tetapkan nilai barang
3) Sukar tetapkan kadar pertukaran
4) Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
5) Barang tidak tahan lama
6) Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak

Posted on 16/03/2016, in Info Minda, Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: