BAB 6 Pemilikan Perniagaan

BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN

Download File : PERDAGANGAN TINGKATAN 4 BAB 6

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri

–    menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.

–    usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.

–    usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan

kreativiti sendiri.

2. Mengambil alih

–    membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.

–    perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.

–    pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.

3. Warisan

–    mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain

Globe Silk Store

4. Francais

–    hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah

terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.

–    Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.

–    Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.

–    Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor

–    sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan

mematuhi syarat.

–    Contoh Marrybrown, England Optical

5. Diundang

–    usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan

kongsi atau pemegang saham

–    dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

FAKTOR DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

1.       Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.

2.       Memastikan modal mencukupi

3.       Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan

berpotensi maju.

4.       Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan

seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.

5.       Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa,

kadar upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan

kuasa beli penduduk.

6.       Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.

7.       Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang

strategi menghadapinya.

PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1. Pengurusan stok

–    stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masa

akan datang

–    pengurusan stok melibatkan aspek:

a.       Mendapatkan bekalan stok

b.       Memeriksa stok

c.       Merekod stok

d.       Menyimpan dan mengawal stok

e.       Memperaga stok

2. Pengurusan kewangan

–    melibatkan:

a.       Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna

– Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira

b.       Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan

– dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih

serta mencari pulangan modal.

c.       Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan    meningkatkan prestasi perniagaan.

– kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat,   tingkatkan promosi.

3. Pengurusan sumber manusia

a.       Meningkatkan kecekapan pekerja melalui pengkhususan dan

latihan kemahiran

b.       Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan tempat

penginapan, gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan  riadah dan ibadat.

c.       Mewujudkan  hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara

pekerja dan majikan.

d.       Mematuhi undang-undang berkaitan hak pekerja  seperti

Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan

Ordinan KWSP 1955.

4.       Pengurusan masa

–        usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti menurut

keutamaan dan penggunaan masa secara produktif.

5.       Pengurusan pelanggan

– melibatkan 3 aspek:

a.       Memahami sifat pelanggan

b.       Mengenalpasti jenis pelanggan

c.       Mengetahui cara melayan pelanggan.

6.       Pengurusan risiko

– ada tiga jenis risiko

a.       Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat

diramalkan seperti kebakaran

b.       Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan

secara statistik dan kadar premium tidak dapat ditentukan

seperti peperangan

C.       Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti

kerugian yang  berpunca spekulasi pelaburan.

                                

7.       Pengurusan maklumat

–        maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi    menjamin keberkesanan pengurusan.

–        pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat membantu

pengurusan maklumat dengan cekap.

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN

1.       MILIKAN TUNGGAL

–        perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya

–        dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik

–        pemilik menanggung liabiliti tidak terhad

–        keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.

Cara Menubuhkan Milikan Tunggal

– Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965

a.    Permohonan carian nama – Borang PNA 42

b.    Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A

c.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan – Borang D

2.       PERKONGSIAN

–        perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang

–        pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah

Akta Perkongsian 1961

–        ada tiga jenis rakan kongsi

a.       Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktif

dalam perniagaan

b.         Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak

terlibat dalam perniagaan.

c.         Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal

tetapi membenarkan nama disenaraikan sebagai

salah seorang pemilik.

–        semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad

–        agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang

telah ditetapkan.

–        keuntungan perkongsian tertakluk  kepada cukai

pendapatan perseorangan.

Cara Menubuhkan Perkongsian

–        sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi

Borang A – Halaman 3

a.       Permohonan carian nama – Borang PNA 42

b.       Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A

c.       Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan

  1. SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

–        mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham

–        perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada

ahli keluarga dan sahabat handai.

–        semua pemilik menanggung liabiliti terhad

–        saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham

dibuat dengan persetujuan ahli

–        syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan

pemegang saham syarikat itu.

–        keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam

bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.

Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad

–        ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965

a.       Permohonan untuk carian nama – Borang 13A

b.       Permohonan untuk mendaftar syarikat  dengan mengemukakan:

i.        Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta

penubuhan  syarikat

ii.       Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur

pengurusan dalam syarikat.

iii.      Borang 6 (Perakuan Pematuhan)

iv.      Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)

v.       Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan

sebagai setiausaha)

c.       Serahan dokumen

d.       Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan  pemerbadanan syarikat – Borang D

  1. SYARIKAT AWAM BERHAD

–        perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang

ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.

–        saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik

melalui bursa saham.

–        pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.

–        pemegang saham menanggung  liabiliti terhad

–        disenaraikan di bursa saham

–        Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah

yang dilantik .

–        Pemegang syer  yang memiliki lebih 51% akan menguasai

Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat

–        ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham

–        Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai

setiap tahun.

–        cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.

Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad

–        sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:

a.       Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15,

Akta Syarikat 1965

b.       Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9

c.       Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti

berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.

d.       Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus

e.       Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer

dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan

f         Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar

Syarikat.

  1. KOPERASI

–        Prinsip koperasi:

a.       keanggotaan secara sukarela dan terbuka

b.       kawalan secara demokratik oleh anggota

c.       kebebasan dan autonomi

d.       penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran

maklumat koperasi

e.       perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.

–        berasaskan prinsip tolong-menolong dan mementingkan

kebajikan anggotanya

–        jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank,

koperasi  pengguna

–        contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia

–        pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang

syer ialah 100 dan tiada had maksimum.

–        setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.

–        koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993

–        liabiliti terhad

–        koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa

mesyuarat agung.

–        Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai

Simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki

diagih dalam bentuk dividen.

–        Rebat dibayar berasaskan jumlah belian.

–        Koperasi dikecualikan cukai

Cara menubuhkan koperasi:

a.    Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan Pembangunan Koperasi

b.    Menubuhkan jawatankuasa penaja

c.    Mengadakan mesyuarat agung

d.    Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar Negeri.

e.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.

  1. PERBADANAN AWAM

–        ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk

menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas seperti

perubatan, pendidikan dan pembinaan infrastruktur.

–        ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab

menteri yang membentuk satu lembaga untuk pengurusan.

–        Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.

  1. PENSWASTAAN

–        merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan,

kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada

sektor swasta.

–        sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan

ekonomi negara.

–        Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan

Tenaga Nasional Berhad.

Tujuan :

a.    Mengurangkan beban kewangan kerajaan

b.    Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

c.    Meningkatkan kecekapan dan produktiviti

d.    Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih cekap

e.    Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat

  1. julie estralliya

    i like this short notes

  2. i like this chapter so much

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: