BAB 6 Promosi

BAB 6: PROMOSI

Download File : PERDAGANGAN TINGKATAN 5 BAB 6

1.  Maksud Promosi

–          satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pelanggan

–          menyedarkan pengguna tentang barangan

–          menjadikan pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan

2.  Peranan Promosi

–          Menyampaikan maklumat

memberitahu kewujudan barang dipasaran

maklumat spesifikasi barang, kegunaan, harga dan pengeluar

–          Mewujudkan pasaran baru

menyedarkan pengguna tentang barang baru

menarik minat membeli dan mengguna

–          Mengekalkan pasaran sedia ada

mengingatkan pengguna kepada jenama

mewujudkan pengguna setia

–          Meningkatkan dan meluaskan pasaran

membantu penyebaran maklumat kepada lebih ramai pengguna

menggunakan media yang liputan siarannya luas

–          Memujuk dan mempengaruhi pembeli

menggunakan aktiviti dan teknik promosi yang menarik

–          Memantapkan imej barang dan syarikat

barang menjadi lebih popular dan mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan imej pengguna

–          Mengatasi pesaing

mengelakkan pengguna sedia ada dan baru mudah lupa dan beralih menggunakan barangan pesaing

3.  Promosi dalam Pemasaran.

–          Strategi Pemasaran

  • Sasaran pasaran – kumpulan pengguna yang cuba dipengaruhi
  • Campuran pemasaran   – gabungan unsur penting pemasaran

a.  Produk   – menghasilkan barang berorientasi pengguna

                              menepati cita rasa, keperluan dan kehendak

pengguna

b. Harga    –  disesuaikan mengikut keadaan pelanggan,

                            persaingan, kos pengeluaran dan keuntungan

yang ingin diperolehi

c.  Promosi  – ditumpukan kepada kumpulan sasaran

                             menyedarkan pengguna tentang kewujudan

barang menyampaikan maklumat, menarik

perhatian, meyakinkan dan mempengaruhi

pengguna

d.   Agihan    – dihantar tepat pada masa ke tempat  barang diperlukan.

4.  Jenis Promosi.

1.          Pengiklanan

  • Memperkenalkan barangan baru
  • Mengingati sesuatu barangan
  • Mengekalkan pasaran barangan
  • Barangan lebih popular
  • Imej yang lebih baik
  • Mempengaruhi, memberitahu dan memujuk pengguna
  • Mendapatkan maklumat sesuatu barangan

–  Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.

–  3 jenis gaya tarikan iklan

a.  Pujukan Rasioal

– Mengaitkan sesuatu pembelian dengan

kepentingan peribadi pembeli.

– Pembelian barang dikatakan lebih

berfaedah, berkualiti, bernilai,

kesihatan, penjimatan

b.  Pujukan emosi

– Menimbulkan perasaan positif supaya

orang ramai terdorong membeli.

– Mesej iklan ada unsur rasa kasih

sayang, takut, malu, bangga, gembira,

mengikis perasaan bimbang

c.  Pujukan moral

– Sikap orang ramai tentang perkara

yang benar dan lebih wajar dilakukan.

– Mesej iklan

tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan,

persamaan hak, amalan tolong-menolong

–  Jenis Iklan

1.   Iklan penerangan

–   memperkenal jenama baru dipasaran

–   ada maklumat harga, kegunaan, cara guna,

keistimewaan barangan

–   elak keraguan pengguna

2.   Iklan memujuk

–   persaingan sesuatu barangan semakin

hebat di pasaran

–   bentuk keyakinan pengguna

–   terang kelebihan jenama, bandingkan

dengan jenama lain

–   menjadi iklan bertanding

3.   Iklan mengingat

–   pengguna sentiasa mengingat sesuatu

jenama

–   disiarkan berulang-ulang

–   barangan telah lama di pasaran

Promosi Jualan

  • cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat
  • bantu tarik pelanggan baru
  • galakkan pengguna membeli
  • barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing

1.  Promosi Pengguna

  mendorong pengguna membeli

–   pengguna ditawarkan sample percuma, kupon

hadiah, potongan harga, pertandingan

2.  Promosi pengedar

–   pemberian insentif kepada pemborong dan

peruncit supaya menambah pengedaran dan

jualan

–   pengedar ditawarkan diskaun, barang

percuma, hadiah wang, pertandingan jualan

3.  Promosi jualan

–   galakkan jurujual menjual secara lebih

berkesan

–   insentif diberi – bonus, komisen, peraduan

–   tempoh promosi jangka masa pendek

a.         Jualan Terus

  • kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi
  • melalui jurujual
  • caranya – system parti, pergi dari rumah ke rumah
  • wakil syarikat menerangkan, memujuk, meyakinkan pengguna
  • jurujual diberi komisen, diakaun
  • jurujual dan pengguna berkomunikasi dua hala
  • pengguna Dapat layanan peribadi
  • jurujual Sesuaikan cara penyampaian maklumat, teknik memujuk
  • jurujual tahu reaksi pengguna

b          Publisiti

  • Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma
  • Bayaran siaran ditanggung oleh syarikat media
  • Pengeluar tidak tanggung kos penyiaran
  • Tujuan beritahu barangan baru, keistimewaan
  • Maklumat dikawal syarikat media
  • Kelebihan – Jimatkan kos promosi, lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin hubungan baik dengan orang ramai
  • Kelemahan – berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak sesuai, sukar dirancang

5. MEDIA PENGIKLANAN

JENIS MEDIA PENGIKLANAN

1.     AKHBAR/MAJALAH

  • Liputan lebih luas
  • Kos murah berbanding yang lain
  • Boleh sertakan gambar/peneranan
  • Boleh dibuat secara warna warni
  • Boleh dibaca berulang kali
  • Boleh pilih ruang/mukasurat

2.     HALAMAN KUNING

  • Ruang iklan di buku panduan telefon
  • Mudah untuk pelanggan
  • Disusun ikut abjad

3.     TELEVISYEN

  • Liputan luas
  • Ada gambar dan penerangan lengkap
  • Boleh diselitkan muzik
  • Lebih berkesan sebab audio visual
  • Boleh pilih masa siaran
  • Boleh menaja rancangan

4.    POSTER/PAPAN TANDA/ SEPANDUK

  • Kos murah
  • Menarik perhatian pengguna
  • Boleh pilih sasaran pasaran

5.     RADIO

  • Liputan luas
  • Penerangan lengkap
  • Boleh diselitkan muzik
  • Boleh disiarkan bila-bila masa
  • Boleh taja rancangan

6.     INTERNET

  • Liputan luas ke selruruh dunia
  • Boleh masukkan kesan animasi/audio visual
  • Boleh terus pesan barang on line
  • Kos murah jika pandai bina laman web sendiri

7.     LAMPU NEON

  • Cantik dan menarik
  • Jelas pada waktu malam
  • Boleh jadi pandu arah kepada pengguna
  • Boleh guna untuk tempoh lama

8.    PAMERAN/EKSPO

  • Sampai ke sasaran pengguna
  • Pengguna boleh cuba barang dan Tanya
  • Boleh kesan masalah pengguna
  • Hubungan 2 hala dengan pelanggan

         PEMILIHAN MEDIA PENGIKLANAN

Faktor Pemilihan Media Pengiklanan

  • Jenis dan sifat barangan

*        barangan teknikal    –  televisyen, pameran, internet

–  perlu penerangan dan tunjuk ajar

*        barangan baru        – sampel percuma

*        barang perhiasan    – majallah wanita

*        perkakas dapur       – pameran, ekspo

– perlu tunjuk ajar jurujual

*        perkhidmatan pelancongan – iklan akhbar/risalah

  • Kos Pengiklanan

*        ikut kemampuan peniaga

*        peniaga kecil-kecilan         – media murah

– papan tanda/risalah

*        syarikat besar                   – media mahal

– televisyen/ akhbar/ majalah

  • Tujuan Pengiklanan

*        akhbar          – matlamat sampaikan maklumat ke seluruh                                   negara

– barangan baru

*        sampel percuma dan borang maklum balas

– ingin tahu sambutan orang ramai

*        televisyen/radio/internet

– untuk atasi pesaing

– menarik dan liputan luas

  • Saiz Perniagaan

*        syarikat besar

– media mahal

– televisyen/akhbar

*        perniagaan kecil-kecilan

– media murah

– risalah/poster/sepanduk

  • Sasaran Pengguna

*        golongan pengguna yang diharapkan membeli

*        sampai mesej kepada golongan yang betul

*        peralatan sukan       – majalah sukan

*        barang kemas         – majallah wanita

  • Luas Pasaran

*        barangan pasaran    – risalah/papan

*        setempat                tanda/poster/sepanduk

*        pasaran seluruh negara

– televisyen/akhbar negara

*        pasaran antarabangsa

– televisyen setelit/internet

– majallah antarabangsa

  • Dasar Kerajaan

*        peraturan mesti dipatuhi

*        penentuan saiz, kandungan, jenis iklan,

*        arak dan rokok dilarang dalam iklan tv

*        dapat kebenaran – Akta Kerajaan Tempatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: