BAB 8 Konsumerisme

BAB 8: KONSUMERISME

Download File : PERDAGANGAN TINGKATAN 5 BAB 8

1.
Maksud Konsumerisme
–          Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
–          Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup  meningkat
2.
Matlamat Konsumerisme
–          melindungi hak pengguna
–          mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
–          membina kualiti kehidupan yang lebih baik
3.
Maksud pengguna
–          orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak
4.
Amalan perniagaan yang tidak sihat
–          letak harga  tidak berpatutan
–          buat iklan  mengelirukan
–          tawar barang  berkualiti rendah
–          jual barang yang tidak selamat
5.
Hak pengguna
  1. Hak mendapat keperluan asas
–                     makanan/pakaian
  1. Hak mendapat keselamatan
–                      dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan
–                      contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan
  1. Hak mendapat maklumat
–                      fakta   lengkap  sesuatu barang supaya  tidak tertipu
  1. Hak membuat pilihan
–                      Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa
  1. Hak mendapat ganti rugi
–                      berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna
  1. Hak bersuara
–                     secara peribadi /  perwakilan
  1. Hak mendapat pendidikan pengguna
–                     melalui ceramah / forum
  1. Hak mendapat alam sekitar yang sihat
–                      kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974
6.
Lima Tanggungjawab pengguna
  1. Kesedaran mengkritik
–    boleh membuat aduan
  1. Penglibatan dan tindakan
–    bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial
  1. Tanggungjawab sosial
–    Memberi derma kepada orang miskin/tua
  1. Tanggungjawab alam semulajadi
–    tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati
  1. Bersatu padu
–    supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan
7.
Enam Tanggungjawab pengeluar
a.    Praktikkan amalan perniagaan yang baik
–    tidak menipu/ jual barang berkualiti
b. Amal pengiklanan yang beretika
–    iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain
  1. Sedia terima rungutan
–    kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan
  1. Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
–    melalui seminar/forum
  1. Memelihara alam sekitar
–    menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan
  1. Menjalankan tanggungjawab sosial
–    memberi derma/ biasiswa
8.
Lima prinsip asas  membeli dengan bijak
  1. Menentukan jenis barang
–    barang keperluan atau kehendak
  1. Menentukan sebab membeli
–    untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk
c.  Menentukan masa membeli
–    masa tawaran istimewa/ musim perayaan
  1. Memilih tempat membeli
–    lokasi berhampiran
–    menawarkan pelbagai barang
–    harga berpatutan dan barang berkualiti
–    sikap  jujur dan layanan mesra
–    ada kemudahan seperti ruang makan/tandas
  1. Mengetahui teknik membeli
–    buat perbandingan harga
–    tengok kualiti barang
–    periksa kuantiti barang
–    tahu tarikh luput
–    ada jaminan jualan
9.
Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna
  1. Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
–          iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
  1. Beri kesedaran tentang konsumerisme
–    melalui ceramah /kempen
  1. Wujudkan akta/peraturan
–    Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972
  1. Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
–    Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar
10.
Agensi lain  dan peranannya dalam melindungi pengguna
  1. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
–   Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
–    Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
–    Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
–    Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
–    Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan
  1. Tribunal Tuntutan Pengguna
–    Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
–    Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
–    Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000
  1. Persatuan Pengguna
–    Terima dan siasat aduan  pengguna
–    Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
–    Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita
–    Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum
  1. Persatuan Pengeluar
–    Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
–    Adakan kempen membeli barang buatan tempatan
  1. Persatuan Profesional
–    Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing
  1. Persatuan Peniaga
–    Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /  jujur dengan pengguna
–    Sediakan kod etika mengenai jualan
11.
Etika Amalan Perniagaan
–          diperkenalkan tahun 1982
–          digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
–          bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
–          mempunyai 5 prinsip:
    • Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna
    • Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
    • Patuhi prinsip perniagaan secara adil
    • Tidak burukkan pesaing
    • Amal perniagaan yang jujur
–          mengandungi   Etika Penjual dan Etika Pembeli
12.
Etika Pembeli
(mengandungi dua tanggungjawab pembeli)
  1. Tanggungjawab terhadap penjual
–    patuhi syarat kontrak
–    jelaskan hutang mengikut tempoh
–    tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
–    tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi
–    tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
–    amalkan sifat sopan santun
–    beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang
  1. Tanggungjawab terhadap masyarakat
–    libatkan diri dalam persatuan pengguna
–    jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
–    elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
–    tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan
13.
Etika Penjual
(Mengandungi enam tanggungjawab penjual)
  1. Tanggungjawab terhadap pekerja
–    jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
–    beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
–    memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus
  1. Tanggungjawab terhadap pelanggan
–    sediakan barang berkualiti
–    sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
–    tepati keperluan dan kehendak pengguna
–    jual barang pada harga berpatutan
–    bermaklumat  yang lengkap
–    adakan kempen promosi yang jujur
–    sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
–    beri layanan sama rata
  1. Tanggungjawab terhadap pemodal
–    maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
–    beri kadar pulangan yang memuaskan
–    jalankan pengurusan yang cekap
  1. Tanggungjawab terhadap pembekal
–    layanan adil kepada semua pembekal
–    patuhi segala  syarat kontrak
–    berusaha jual barang  dengan segera
–    amalkan ‘sistem payung’
–    pastikan syarat kontrak  jelas
  1. Tanggungjawab terhadap masyarakat
–    pelihara alam sekitar
–    guna sumber yang manfaatkan masyarakat
–    beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi
  1. Tanggungjawab terhadap kerajaan
–    bayar cukai
–    sedia peluang pekerjaan
–    guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
–    adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: